Kisah Kejayaan

USAHAWAN Q2 2019 : TRYFOSIA ALENA GALANG

 

Nama Tryfosia Alena 
Umur 27 Tahun
Keahlian Mei/2017

Latar belakang

Cik Alena merupakan seorang usahawan kedai cetak iaitu Michelle Printing dan berumur 27 tahun. Cik Alena  juga merupakan petugas Pusat Internet Kampung Banting sebagai Pengurus.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Alena hanya menfokuskan kepada skop pelanggan yang kecil iaitu pelanggan sekeliling yang datang ke kedai sahaja.Selain itu, Cik Alena sukar untuk mencari pembekal barang-barang yang diperlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti pembekal kertas, ink cetakan, pembekal cetakan baju dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan adanya Pusat Internet Kampung Banting, Cik Alena mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dan mempergiatkan promosi kedai cetak-nya.Sebelum ini, pages facebook “Michelle Printing” kurang dikemaskini dan diberikan fokus namun dengan adanya perkhidmatan wifi dan internet, pages facebook tersebut lebih aktif .Sebagai petugas Pusat Internet Kampung Banting, Cik Alena juga mengambil peluang ini sebagai salah satu kelebihan untuk mempromosikan kedai cetak beliau kepada ahli Pusat Internet yang memerlukan perkhidmatan seperti mencetak baju T-shirt mengikut design sendiri.Cik Alena menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai cetak beliau.Cik Alena juga turut memberanikan diri dengan membuka booth pada hari Perayaan Lunbawang dengan menjual baju t-shirt design sendiri.