Siapa kata Lawas tidak ada tempat yang menarik dan menenangkan ?
Sungai yang bersih dan kehijauan hutan menyamankan lagi suasana SUNGAI BUKIT SULING LAWAS ini .
Bunyi burung berkicauan, aliran sungai yang mengasyikkan, kesejukkan air yang semula jadi dan panorama yang sememangnya unik !
20km dari Bandar Lawas dan perjalanan yang berbukit bukau menambahkan pengalaman buat pengunjung yang inginkan ketenangan dan sesuatu yang lain daripada lain .
Anda dinasihatkan untuk menggunakan kereta 4×4 kerana perjalanan yang berbukit bukau dan tidak sesuai kepada kereta biasa.
Location :
Jalan Trusan , Bukit Suling .
(Dari bandar : simpang kiri after Kampung Lumut )
Nama tempat : | Sungai Bukit Suling |
Lokasi : | Bukit Suling |
Tarikan : | Permandangan yang hijau dan suasana yang mendamaikan serta menenangkan |
Bayaran tiket masuk : | Tiada |