Utama

Sejarah

Pada asalnya, Parit Mahang merupakan kawasan ppaya bakau hutan tropika rimba dan hutan dara dipercayai pernah diterokai oleh kaum Cina iaitu semasa darurat dan telah ditempatkan di kawasan terkawal. Kampung Parit Mahang telah dibuka sekitar tahun 1940-an oleh seorang penduduk berketurunan Banjar yang hanya dikenali sebagai Ibak oleh penduduk kampung pada ketika itu. Ibak bersama rakan-rakan telah meneroka kawasan ini sehingga menjadikannya sebuah kawasan penempatan. Kemudiannya, ia diberi nama Kampung Parit Mahang kerana terdapat banyak pokok mahang atau nama botaninya “Macaranga spp” di sekelilingnya. Pendek kata, di mana ada parit di situlah terdapatnya pokok mahang. Bersesuaian dengan keadaan zaman dahulu, penduduk kampung menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan untuk bergerak dari satu kawasan ke suatu kawasan yang lain. Penduduk menggunakan perahu untuk menyusuri Sungai Buloh. Namun kini, dengan terbinanya jalanraya, fungsi Sungai Buloh sebagai jalan perhubungan telah menjadi nostalgia.