SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
| OBJEKTIF PENUBUHAN : |
|
| >> Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet. |
| >> Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. |
| >> Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. |
| >> Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. |
| PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN : |
NADI Kampung Banting menawarkan latihan dibawah tunjang perkhidmatan pintar (Smart Service) secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara la:
| >> Kesejahteraan Kendiri |
| >> Kesedaran |
| >> Pembelajaran Sepanjang Hayat |
| >> Keusahawanan |
| >> Inisiatif Kerajaan |
| JUMLAH KEAHLIAN : |
NADI Kampung Banting telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2017. Ramai yang telah mendaftar diri di NADI Kampung Banting bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sediakan. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut:
| JUMLAH KESELURUHAN AHLI (SEHINGGA 29 DISEMBER 2025) |
| 1,244 |
| KENALI PETUGAS NADI: |
Untuk menjadi petugas NADI kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami selaku pengurus dan penolong pengurus NADI Kampung Banting
PENGURUS

Nama : Muhamad Khairuddin bin Harun
Mula berkhidmat : 9 Januari 2023
PENOLONG PENGURUS

Nama : Mohamad Shamsul Yusuf
Mula berkhidmat : 16 Februari 2023
