Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Puan Roziah Rinai Binti Samai

USAHAWAN KRAFTANGAN BATU SERAMIK

Nama : Roziah Rinai Binti Samai
Umur : 35 tahun
Keahlian : Ogos / 2017

 

Latar Belakang

Puan Rinai mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Ogos 2017. Beliau merupakan usahawan dalam pembuatan kraftangan berasaskan manik seramik. Antara kraftangan berasaskan batu seramik yang dilakukan oleh beliau adalah , Gelang tangan, Rantai dan kechain.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Sebelum terlibat di dalam PI , beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana pelbagai program atau karnival yang telah beliau ikuti sehinggakan sampai ke semenanjung. Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan (R and D Research and Development).

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet  Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja promosi dilakukan oleh beliau dan beliau juga mudah untuk menggunakan email serta mencari maklumat yang diingini untuk penambahbaikan produk beliau (research and development). Beliau juga turut mengambil peluang dengan meletakkan produk beliau di PI Kampung Banting (ruang usahawan). Dengan kehadiran komuniti ke PI Kampung Banting, pengunjung mengetahui kewujudan produk-produk beliau kerana beliau turut meletakkan produk-produk di PI Kampung Banting.

gambar disini