Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Encik Julaihee Bin Matusin

USAHAWAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE LAWAS

Nama : Julaihee Bin Matusin
Umur : 44 tahun
Keahlian : Mei / 2017

 

Latar Belakang

Encik Julaihee merupakan seorang pemilik kepada Pusat Al-Baghdadi bagi Cawangan Lawas. Beliau telah mengendalikan Pusat Al-Baghdadi ini hampir 1 tahun. Pada permulaan, Pusat Al-Baghdadi hanya memfokuskan kepada pelajar sekolah rendah sahaja, namun demikian, kini beliau telah berjaya membuka kepada pelajar yang lebih dewasa seperti orang dewasa dan golongan tua. Pusat Al-Baghdadi Cawangan Lawas ini betul-betul berada di hadapan pintu Pusat Internet Kampung Banting.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Pusat Al-Baghdadi Cawangan Lawas hanya memfokuskan kepada para pelajar sahaja iaitu pelajar tadika dan sekolah rendah. Promosi yang dilakukan juga agak kurang kerana kekangan pemggunaan internet dan tidak mahir dalam pembuatan atau pembinaan flyers atau brosur. Pengiklanan yang dilakukan juga turut kurang dilakukan kerana harga printing dan fotostat yang agak mahal di luar (kedai printing luar).

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Promosi yang dijalan lebih aktif dan mudah. Encik Julaihee menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium mempromosikan Pusat Al-Baghdadi. Beliau meletakkan contoh produk al Baghdadi di PI Kampung Banting. Selain itu, beliau juga turut berkaloborasi bersama PI Kg Banting untuk saling mempromosikan satu sama lain. Kini, Pusat Al Baghdadi turut mempunnyai kelas untuk orang dewasa.

Dengan penglibatan yang aktif bersama PI Kg Banting, beliau turut terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI Kg Banting seperti mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti. Beliau turut meminta bantuan petugas untuk mereka bentuk flyers untuk diedarkan kepada orang ramai.

gambar disini