Kisah Kejayaan

CELIK IT : Nur Nadiah

Nama Nur nadiah
Umur 18 Tahun
Keahlian November 2017

 

Latar belakang

Nur Nadiah atau lebih dikenali sebagai Yaya merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik . Yaya merupakan pelajar lepasan SPM 2017 .Yaya juga merupakan salah seorang pelajar kepada petugas Pusat Internet Kampung Banting iaitu Mohamad Nabilfadli Bin Kamarulzaman (pelajar tusyen) .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI dan sebelum menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh Pusat Internet khususnya kelas tusyen Sejarah yang dihadiri ,Yaya sering mendapat markah yang agak rendah dalam mata pelajaran Sejarah .Oleh sebab itu, Yaya mengikuti kelas tusyen Sejarah yang dilakukan oleh petugas iaitu Nabil yang diadakan di bilik training Pusat Internet Kampung Banting sendiri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Yaya mengambil peluang ini untuk belajar dan mengumpul sebanyak mana pengetahuan untuk mempelajari subjek SPM Sejarah. Selain itu, beliau juga turut menjadi ahli sukarelawan Pusat internet Kampung Banting yang aktif dalam mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat internet Kampung Banting.Pada bulan Mac, Yaya telah mendapat keputusan SPM 2017 dan keputusan yang diperolehi oleh Yaya sangat memberangsangkan khususnya matapelajaran Sejarah kerana beliau telah mendapat gred B+. Namun demikian, bukan berhenti setakat itu sahaja. Yaya turut aktif selepas itu seperti memohon UPU, pemohonan SPA dan paling terbaru adalah mengikuti bersama petugas pergi ke Roadshow Education and Career .