Makanan

Buah Kaber / Buah Nenas : Kampung Puneng Trusan, Long Semadoh

Buah Kaber merupakan buah nenas (bahasa lunbawang) dan sangat dikenali di Lawas. Buah Kaber yang paling sedap dan manis adalah dari Kampung Puneng Trusan Long Semadoh. Kampung Puneng Trusan dari bandar Lawas mengambil masa perjalanan selama 3 jam .

Buah Nenas dari Long Semadoh sememangnya sangat manis dan pastinya orang Lawas mengakui kemanisan buah nenas dari sana. Cara penanaman yang lain daripada yang lain menyebabkan buah nenas ini unik daripada yang lain.

Penanamannya adalah di bahagian bukit dan menghadap matahari. Cara penenaman yang betul juga akan mempengaruhi kemanisan sesuatu buah nenas itu.

Pada 21 dan 22 Julai, Kampung Punang Trusan telah mengadakan Pesta Nenas atau lebih dikenali sebagai Irau Buah Kaber. Pelbagai jenis aktiviti dilakukan dan paling penting adalah nenas juga turut dipamer dan dijual .

Sudahkah anda merasa nenas dari Long Semadoh ?

37657535 512892092477969 8922360344836308992 n

*Gambar disini

*Video disini